Saturday, May 30, 2009

ALAM SEBAGAI BUKU ALLAH YANG DIKAJI

Perintah Allah Kepada Manusia
.
Allah s.w.t. sentiasa memerintahkan manusia untuk memerhati, mengkaji dan meneliti alam ini. Al-Quran yang mengandungi 6236 ayat itu sebahagiannya merupakan ayat yang memerintahkan manusia memerhatikan alam. Apabila manusia membuat kajian secara sistematik, umpamanya memerhati atau mencerap, kemudian berfikir (untuk memahami apa yang diperhatikan atau yang dicerap, inilah proses sains! Al-Quran tidak terpisah dari sains. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Fatir 27

.
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;

看见你不是真主发出了大雨从天空?有了它,我们再带出生产的各种颜色。和山区的大片白色和红色,各种颜色的彩色和黑色强烈的色调

Dalam Surah fatir ayat 38


Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

因此男人和检索中的动物和牲畜,他们的各种颜色。那些真正害怕真主,除他的仆人,谁拥有知识:为真主是上人在魔法门,经常宽恕
.
Al-Quran mengandungi banyak pernyataan yang bersifat saintifik. Antaranya ialah dalam bidang kosmologi, astronomi, geologi, meterologi, biologi, embriologi, oceanografi, anatomi, sejarah dan sebagainya. Sekiranya ayat-ayat-ayat yang berkaitan dengan pernyataan saintifik itu dikaji maka kita akan dapat melihat kebenaran Quran.
.

Kosmologi

Kosmologi adalah satu bidang ilmu yang membahaskan tentang kejadian alam semesta, bagaimana ia terbentu, apa yang berlaku pada alam ini dan apa yang akan berlaku kepada alam ini. Allah s.w.t. berfirman dalam Surah al-Anbiya ayat 30.
.

21:30 Do not the Unbelievers see that the heavens and the earth were joined together (as one unit of creation), before we clove them asunder? We made from water every living thing. Will they not then believe?

不要不信教看到,天地人结合在一起(作为一个单位的设立) ,在我们丁香他们四分五裂?我们从每一个生活用水的事情。他们将不会再相信
.
Apakah Penemuan Sains Tentang Kejadian Alam Semesta

Ahli kosmologi mengemukakan satu teori yang mereka namakan sebagai 'Teori Big Bang'. Semua ahli kosmologi sepakat mengatakan bahawa alam semesta bermula dari satu unit kemudian ia terpisah melalui satu letupan dan kesan letupan tersebut berbilion-bilion galaksi terbentuk. Ahli kosmologi juga mengatakan bahawa benda hidup bermula dari air. Pembaca boleh menyaksikan video yang dikepilkan dalam laman web ini. Kalau pembaca meneliti video ini, seolah-olah ahli kosmologi menghayati al-Quran.

Dalam ayat 30 Surah al-Anbiyya perkataan 'ratq' bermaksud satu unit dan 'fatq' bermaksud dipisahan. Al-Quran menjelaskan bagaimana alam ini terjadi kepada manusia, manusia adalah makhluk yang menghuni bumi. Sebab itulah al-Quran mengatakan langit dan bumi. Manusia menghuni bumi!.

Mengapa pula perkataan 'samawat' yang berbentuk jama' digunakan dalam ayat ini. Perkataan sama' yang bermaksud langit, jama'nya ialah samawat. Sama' dalam bahasa Arab adalah umumumnya semua benda yang berada di atas, ini termasuk bintang, galaksi, nebula, super nova dan sebagainya. Ada yang namanya jelas disebut dalam al-Quran seperti bulan (Qamar), bintang (nujum atau najm), matahari, buruj dan lain-lain. Apabila al-Quran menggunakan perkataan 'samawat' mungkin maksudnya ialah segala yang di atas (alam ini sendiri, galaksi, nebula, bintang, planet dan lain-lain) ini semuannya berasal dari satu unit. Cuba lihat ayat 47 Surah Zariyat.

Dan langit Kami bangunkan dengan kkuasaan Kami dan kmilah yang menjadikannya semakin besar.
Perkataan sama' adalah dalam bentuk tunggal (mufrad), berbanding dengan samawat (dalam bentuk jama'). Dalam konteks kosmologi, alam semesta ini sahaja yang menjadi semakin lama semakin besar saiznya kerana daya tolakan yang begitu besar pada asalnya menyebabkan galaksi-galaksi bergerak laju arah keluar dari asalannya sedangkan galaksi itu sendiri tidak bertambah saiiznya begitu juga dengan sistem solar juga tidak bertambah besar saiznya. Hanya alam semesta sahaja yang menjadi bertambah besar saiznya. Mungkin ini sebabnya mengapa 'langit' dalam konteks pengembangan alam semesta disebut dengan kata jama' yang bermaksud, pelbagai langit yang ada dalam alam semesta sedangkan dalam ayat 47 surah Zariyat ia disebut dengan kata mufrad atau singular untuk merujuk kepada alam semesta sahaja. Allah a'lam. Untuk memahaminya sila lihat blog yang di atas muka surat ini.

Apa Kesudahan Alam Ini

Menurut mereka yang membaca ayat Allah yang manzuroh, iaitu ahli sains, seluruh alam ini akhirnya akan musnah dengan cara pengecutan besa (dinamakan sebagai The Big Crunch). Mengapakah alam semesta ini mengecut atau mengalami The Big Crunch? Menurut pengkaji, daya tolakan yang menyebabkan alam ini mengembang semakin lama semakin lemah dan akhirnya akan terhenti sama sekali. Maksudnya galaksi-galaksi semakin lama semakin perlahan pecutannya ke arah luar dan semakin lama semakin perlahan pergerakannya keluar dan akhirnya terhenti. Menurut Hukum Mekanik Newton, apabila galaksi-galaksi ini ini tidak lagi bergerak, ia akan mula menarik antara satu sama lain dan alam ini akhirnya akan mengecut. Cuba lihat ayat ini, iaitu ayat 104 Surah al-Anbia. Satu perkara yang menarik dalam ayat ini ialah ayat ini berada dalam suarah al-Anbiya yang juga menceritakan tentang asal-usul kejadian alam semesta.
Pada Hari Qiayamah Kami akan gulung langit seperti mengulung lembaran-lembaran kertas pada buku sebagaimana Kami memulakan kejadian asalnya Kami akam mengulanginya sesungguhnya Kami akan melaksanakan janji itu.
.
Ayat ini menjelaskan akhir alam ini akan dikecutkan atau digulung seperti awal permulaan kejadiannya. Meariknya dalam ayat ini, langit (sama') juga disebut dalam bentuk mufrad (singular). Maksudnya seluruh alam ini akan kecut pada Hari Qiyamah nanti. Ikuti penjelasan seterusnya